Sunday, May 9, 2010

mak,

hey, hari ni hari ibu, so aku nak cite pasal last yr,haha.

oh, mlm td aku nightmare.gila, aku rse nak peluk org ! mak aku ckp, mimpi tu mainan syaitan.(saje nak ckp)

last yr, kat seseri lah kan. jauh. so time hari ibu nak buat suprise kat mak. disebabkan aku ni pemalu org nya, so aku beli satu kad dari PRS. kad tu PRS akan poskan ke rumah.

so, aku tulis lah, haha.disebabkan aku ni pemalu, aku tulis ayat in english.saje nak bagi mak aku x paham. ayat jiwang berbunga bunga habis lah. tp aku dah lupe.hehe, then aku tulis kat bawah kad tu.

"mak, kalau x faham tanye kakak ! "

then, bg lah balik kad tu kat PRS. diorg poskan, setem 50 sen. aku ckp kat mak, tggu surat.haha, semangat.





then, aku pun balik rumah, cuti time tu..aku try carik balik kad tu. tp xde, haih, nak tanye mak malu.ye lah aku ni kan pemalu. so aku diam je la.

pastu ade la pakcik posmen dtg rumah. time tu aku rse mcm sesuatu yg buruk bakal berlaku, so aku gi menyorok siap siap dlm bilik.
dan, mmg disaster habis lah, sebab surat tu baru smpai. mmg agak kurg ajar lah. -____-"
aku rase lebih teruk dari bencana tsunami yg melanda, sebab abg aku yg terima surat tu dari encik posmen. dia pun menjerit ke arah mak aku.

" mak, kad hari ibu adik baru sampai !!! "
sambil gelak guling guling..

duhh ! malu gila wehh.haha, siot je la, bajet sweet dan comel la hantar kad mcm tu, sekali kena gelak je ngan abg aku. and bile mak bukak, mmg lah die x paham.

then die suruh aku translate pulak. hahak. satu lagi perkara yg memalukan diri sendiri. aku rase la. aku tulis panjang, tp bile aku translate jadi pendek je. shhh. x kan la aku nak translate ayat bunga bunga tu. sure la mak aku pelik gila. so dipendekkan, aku ckp selamat hari ibu kat mak.heee~
>>mak display aku punye kad, bangga siot. :P

so, tu cite last yr,

click play. ;)




hari ni, aku bgn gila awal, sebab nitemare punya pasal.ceh kurang asam. haha, nmpk mak dah kat dapur, so aku amek air sembahyang and tggu subuh, lps subuh, mcm biase tolong dia.

dan aku berfikir, bila nak wish ni? disebabkan aku ni pemalu, so aku x ckp la time tu. nnt lah..
aku tggu mak siap semua bende, and still berfikir mcm mne nak ckp. haihh. masalah kan aku ni?

and finally, aku naik atas, lepak dlm bilik smbil dgr lagu u raise me up, tgk Mark yg hensem tu.
rse nak nangis lak, so disebabkan aku ni pemalu, aku jerit dari bilik.

"mak ! selamat hari ibu ! " haha, it's better this way.klu depan mate, for sure aku dah blushing.
so, ni lah 1st time dlm hidup aku, aku wish kat mak hari ibu, live and exclusive !
dan hari ni, aku nak cite pasal mak.

mak, die seorang yg tabah dan kuat semangat, x pernah aku tgk die mengeluh time buat keje, (aku je mengeluh, -___-") x terbayang lah betapa susahnya die besarkan 9 org anak, dari kecik sampai lah dah besar ni.

dulu, mak ckp, abg abg sume degil ! x dgr ckp, nak kene rotan je ngan bapak. wah, rugi gila, aku x sempat nak gelakkan mereka, haha. dulu my dad, seorg yg garang. super garang. dan sebab tu aku dan yg lain pun lebih rapat ngan mak. ape ape pun ngan mak.

family besar, so duit mmg satu masalah. dulu mak buat mcm2 keje nak carik duit nak sekolahkan kitorg, smpai sekarang ni pun still lagi nak buat kuih, nak carik side income, though, die dah x sihat sgt dah. mak selalu ckp kat aku, belajar cari duit. rse mcm mane susahnya nak cari duit. belajar niaga, so that aku xbazirkan duit. tau penatnya carik duit tu. sebab mak x nak aku jadi org yg terlalu selesa.yep, so true.

dulu time belajar, mak selalu ingatkan aku pasal keje sekolah. study and everything, though die xtau pon ape ape yg aku belajar, x boleh nak tlg selesaikan maths, physics, chemistry dsb.selalu bg nasihat dan semangat. dan aku x pernah ckp pasal kesusahan aku kat mak, so that die x risau. walaupun aku nak menangis (atau dah nangis) time dgr suara die kat telefon.

so, aku harap mak sihat sentiasa, dan ceria selalu.i can't afford to lose her, right now.


mak, adik sayang mak. ;)
(enough said. sebelum banjir bilik aku ni, baik aku stop menulis.)

6 comments:

aƒiƒ said...

"Mark yg hensem tu" adalah gay tegar dlm groupies tu ...

sumber bernama .

aliah said...

hahak,yeap i know. :P

hidayah . noriko . pelangi said...

haha ko nak tau cane aku wish..
macam aku ckp kat ko smlm
aku bangun tido..
nak pegi bilik air gosok gigi.
aku nmpk mak aku kat dapo..teros ckp..mak selamat hari ibu..kiss !!
haa ape susah.. dgn masam2nye aku bangun tido tu.. hahahhaha !

aliah said...

hahak,
dayah. kau hebat.

aku bgn awal sgt lah. x sesuai langsung masa tu.

sh. said...

Haha, same la kite. Nak cakap I love you depan-depan pon malu~

Aiyyak.

aliah said...

haha, segan gile kut !

:)

there's always a little truth behind every "JUST KIDDING ", a little knowledge behind every " I DON'T KNOW ", a little emotion behind every " I DON'T CARE ", and a little pain behind every " IT'S OKAY "