Tuesday, August 10, 2010

Muhasabah.

Lepas dgr Hanafi punya ulasan time Pai pagi tadi, aku ibarat disimbah air, baru tersedar dari lamunan yang panjang. (ahaha. ayat sastera habis.) Mungkin, mungkin aku selalu terlupa apa sebenarnya tujuan hidup aku kat atas muka bumi ni. Leka dgn mcm2 benda yg sia-sia. Aku lupa nak berzikir, solat malam seminggu sekali je, itu pun kalau tersedar. masyaAllah. Pathetic. Quran pun kadang-kadang x sempat nak baca. Sungguh, aku sedih dgn diri aku sendiri.
Aku pun dah kena penyakit wahan ke?
Wahan : cinta kepada keduniaan dan takut akan kematian.

Mungkin.
Aku terlupa. Setiap yang hidup pasti akan mati. Even cell dlm badan kita pun akhirnya akan mati. MasyaAllah. Ayat tu buat aku terfikir, macam mana kita boleh yakin kita masih hidup esok, sedangkan tidur tu adalah mati yang seketika? X pernah ke korang fikir, kalau tiba-tiba esok korang dah mati? dah kaku, x boleh nak beribadat?
Sungguh, aku takut akan mati. x cukup bekalan nak bawak masuk kubur nanti. Ya Allah, jauhkan aku dari azab siksa Mu yang amat perit.
Sedih. Sangat sedih dgn keadaan aku sekarang. Ya Allah. Berilah aku hidayah. Bantulah aku Ya Allah.
Kalau tgk kemungkaran pun, aku hanya mampu nak kutuk dalam hati je, dan itulah selemah-lemah iman. MasyaAllah, lemahnya iman.

Aku sibuk study, tapi aku x perasan, aku dah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Aku sedih. Selalu mengeluh, dapat byk dugaan. Byk ke kalau nak dibandingkan dgn manusia2 sebelum aku? Dugaan tu cukup ke nak bawak aku masuk syurga? Ya Allah, bantulah aku..

Satu lagi,
Hari kiamat itu adalah sesuatu yang pasti.
Jadi sampai bila kita nak leka? bila lagi nak beribadat? buat amal banyak?? adakah bila matahari terbit dari sebelah barat nanti baru nak terkejar-kejar buat ibadat? Tanda-tanda kecil hari kiamat sudah terlalu banyak, kenapa kita x sedar2 lagi? Sedarlah, kawan-kawan. kiamat tu pasti datang. Itu janji Allah.

Seriously, aku sgt sedih dgn keadaan diri aku sekarang. Miskin ibadat.

So, mari improve sama-sama di bulan Ramadhan yg mulia ini. :'))

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


wali band. aku cinta Allah.

No comments:

:)

there's always a little truth behind every "JUST KIDDING ", a little knowledge behind every " I DON'T KNOW ", a little emotion behind every " I DON'T CARE ", and a little pain behind every " IT'S OKAY "