Tuesday, September 14, 2010

Raya.


It's raya again. Alhamdulillah. All praises to Allah, the most gracious and the most merciful.

In the name of Allah, Bismillahirrahmanirrhim..

Hari ni, dah raya ke 5. Baru sempat nak berblogging. Ramai gila tetamu tetamu yang datang. -.-' and sangat penat. Tidak dapat dinafikan.

Okay. Sebenarnya, aku nak cerita pasal 1 syawal. 1 syawal hari tu. ye hari tu. Aku pegi solat sunat hari raya. After beberapa tahun x buat. -.-' (x de rezeki weh. ) So, hujan sangat lebat. (x tipu) aku pegi dgn mak je, yang lain tinggal rumah. I mean, girls. Kaum lelaki kat rumah aku mmg wajib pegi dah.

Pegi dgn abang, sampai je, pandang kanan, pandang kiri. Uik, tade orang? pandang depan. ohh ada la sorang. makcik jiran sebelah rumah aku. Datang je, terus pakai telekung dan duduk seblah mak. Sekejap tu, ada orang start bertakbir. Dgn secara automatiknya, mata aku bergenang, pandangan kabur. Mata rasa basah je bila dengar orang bertakbir. Serius, aku rasa sayu gila dengar takbir tu. Memuji Allah, membesarkan-Nya atas nikmat yang amat melimpah ruah.

Bila aku translate sikit-sikit apa yang aku faham, (seingat B.Arab tingkatan 3 dulu -.-') aku rasa makin sayu. Sungguh, aku x pernah menghayati maksud takbir hari raya. Tapi hari tu, ntah kenapa tiba tiba nak pergi solat hari raya. ye, mak aku pelik la jugak time aku cakap tu.

Ohh yea, masa tu cover habis la x nak bagi air mata jatuh. malu seyh. Mak aku ada kat sebelah. kalau sorang sorang dah lama banjir kut. lol
Aku pandang kanan lagi, pandang kiri lagi, kali ni pandang depan dan belakang sekali lagi. Uik, aku je ke budak berumur 18 tahun kat surau ni? MasyaAllah. Sungguh terkilan. Hmm mungkin mereka lebih sibuk mencuba baju kurung baru, kasut tinggi bertumit 5 inci, dan gelang emas kiri kanan. -.-'

Takbir masih bergema. Sepanjang itu aku menahan air mata aku daripada menitik. Mungkin, Allah nak tunjuk sesuatu. Supaya aku menggunakan telinga ke arah kebaikan. Mungkin. Sebab selalu aku pekakkan telinga aku dengan lagu Linkin Park, Avenged Sevenfold, Lady Gaga dan sebagainya. Astaghfirullahalazim. T.T

Show us the straight path, [1:6]

Lepas tu, ada dengar khutbah pulak. pastu khatib tu ada cakap, hari raya ni, hari seluruh umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, menahan lapar dahaga dan juga berjaya melawan nafsu. Semua orang tunggu hari raya. Semua orang sangat seronok bila hari raya. Tapi aku terfikir hari tu, kita nak teruja sangat sangat time hari raya ni, berjaya sangat ke melawan nafsu masa bulan puasa dulu? Sempurna sangat ke setiap hari hari puasa tu? Ada tak tinggal solat? terlepas waktu dsb?

Aku rasa tak patut orang sambut hari raya dgn semangat gila sampai nak beli baju raya 10 pasang, gelang sampai x cukup lengan kalau bulan puasa still x dapat nak melawan nafsu. Maksudnya, still kalah dgn nafsu sendiri. Apa korang rasa? Lufikirlahsendiri.

Aku rindu solat tarawikh. Moga dapat berjumpa ramadhan sekali lagi. :'))

All in all. Raya ini bukan diertikan dgn makan lemang ketupat dan rendang sampai nak meletup perut tu. Bukan diertikan dengan baju kurung, kebaya ketat sendat 10 pasang berwarna warni. Bukan diertikan dengan kasut tinggi sampai sakit kaki nak jalan. Bukan diertikan dengan duit raya berkepuk kepuk. Bukan diertikan dengan open house sana sini.

Tapi aidilfitri ini untuk dihayati.

Anyways, raya tahun ni. haha. Sangatlah sikit orang. Abang Helmi balik rumah mertua. Deficit kuih raya. Sekali masuk balang je dah habis. Ni sebab abang abang aku lupa nak beli.
But still. Along x balik sini. T.T DAMN MISSING HER. Damn you, man

Oh ya. hari tu pegi shopping dengan abang. aku grab satu kasut. try sekali nampak okay. So malas nak fikir panjang amek je la yang tu. Pagi raya aku pakai nak pegi rumah orang...

perghh. bapak tinggi. T.T Wedges ni sangat tinggi. T.T Dah la aku geli geli first time pakai benda alah macam gini. Suffers. Haha.
It's okay lah. kata dulu nak berubah? haha. Okay okay.


1 Syawal. 1130
The sons.




1 Syawal 1130
The daughters.

Sume pakai shawl. Sebab recession bajet lari. kahkah.


1 Syawal

From London, with love. ;')



Ps : Tinggal yang bujang bujang je raya kat rumah. :D
Pss. IB: It's a do or die. :P






jemput datang rumah, kawan kawan. :)

3 comments:

Hana Napiah said...

wah. ko pki wedges.
bravo2!
ak ni still lg pki selipar jepon.
haha.

sh. said...

mane mane? nak tengokkkkk wedges itu

xDD

psstt dik, ajar kak pakai shawl. Hehe.

aliah said...

Hana :
Tak caya datang lah rumah tgk. Kalau kau try sure tinggi kita sama.Kahkah. :DD


Sh :
X leh display sini. Nanti ada orang curikkk. lol


Senang je la.. Mula mula lilit belah kanan, pastu kiri, pastu suka hati. Hahaha. :DD

:)

there's always a little truth behind every "JUST KIDDING ", a little knowledge behind every " I DON'T KNOW ", a little emotion behind every " I DON'T CARE ", and a little pain behind every " IT'S OKAY "