Thursday, November 24, 2011

Untuk kawan-kawan saya,

Pos ini ditujukan kepada saudara-saudara perempuanku, terutama yang hampir setahun setengah menjadi ahli kelas medic 10 n.

First and foremost, I'm very grateful to be clustered together with you guys in the same class. I know this sound err okaay. hahah. When you are reading this, yes I'm not kidding. Sangat, sangat bersyukur sebab sama kelas okay. Alhamdulillah. Being surrounded by you guys has somehow taught me how to value relationships. I admitted, last time I was an ignorant girl, who always keep things to myself. Or people call it selfish now. i WAS.

But having you guys now, I would like to thank each one of you as everyone has at least taught me something in life. I learnt that, not all people are as lucky as I am. There are always people who would like to have some walk in our shoes. After many things we've been through together, thick and thin, I understand some of you. Faham tentang kamu semua bermaksud memahami perangai, kesukaan, kebaikan, hobi dan bermacam lagi. Alhamdulillah.

tukar mode.
Di sini, kita belajar mcm mana kenal Allah, di sini kita belajar macam mana Islam yang sebenar, jauh dari sesak kota, Allah bagi kita nikmat-Nya, nikmat mengenali Dia. Wahai kawan-kawanku, sebenarnya sudah lama aku ingin berkongsi rasa, cerita, keseronokan dan sebagainya, namun mulut berat nak membuka kata, hati terasa tak cukup kuat untuk menyampaikannya. Mungkin di sini, Dia bagi cara.

Aku telah beberapa lama berpijak di bumi yang nyata, bahawa dunia ini satu tipu daya. Maafkan aku sahabat, aku tak memberitahumu, terasa sesuatu menghalang ketika ingin memula bicara. Aku pernah hidup di masa my chemical romance menjadi halwa telinga, aku pernah hidup di masa cerita korea menjadi kegemaran, aku pernah hidup di masa pergi ke supermarket, menonton wayang dan juga berpeleseran menjadi kebanggaan. Aku pernah melalui semua itu, dan mungkin kau dan aku mempunyai persamaan.

Namun bukan itu menjadi persoalan, selepas datang ke KMB, selepas kenal itu dan ini, aku mula mengerti bahawa semua itu kesenangan yang tidak pasti, datangnya hanya sekejap cuma. Aku sedar, kita mencari keseronokan yang tidak kekal. Seperti robot, yang hidupnya hanya bekerja dengan kuat, lalu penat dan ingin mengurangkan stress-pergi mencari sedikit keseronokan. Selepas itu, pulang kembali melakukan kerja yang menjadi rutin harian.

Sedarlah wahai kawanku, hidup ini hanya sebentar. Orang cakap--hidup ni hanya sekejap, sebab tu la kena live your life to the fullest!-- fikir kembali sahabat, live life to the fullest itu membawa maksud apa? Aku pernah mengatakan ini, mungkin kita boleh live life to the fullest, but abide by the law of Allah and the sunnah of Rasulullah--kerana apa? kerana hidup ini persinggahan. Hanya sebentar.

Mungkin satu perkara yang asing bagi kita untuk tidak melakukan sesuatu kebiasaan (norms) masyarakat kita. namun ingatlah --Sabda Rasulullah S.A.W -Islam itu datangnya dagang dan akan kembali dagang, beruntunglah orang yang dagang-- Tidak mahukah kita menjadi orang yang dagang itu? membaca Quran, di tengah keramaian dan kesibukan mid valley, pelik bukan? tapi mereka itulah orang yang beruntung.

Orang Islam itu hebat, jangan degrade diri kita sendiri dengan perkara sia-sia. Orang Islam sepatutnya pemikir masalah ummat, bukan sibuk berbincang tentang movie apa yang terbaru mahupun gossip artis mana yang sedang hangat. Ingatlah kawan, hidup hanya sebentar. Dan kita punya tanggungjawab yang besar. Setiap manusia mendapat bahagian masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab ini, takkan lah kita tergamak mahu membiarkan orang lain yang melakukan tugas kita? kalau begitu, bagaimana islam mahu menang?

Jika dirumah, kita lihat bil air dan bil elektrik yang perlu dibayar, kalau tak , pasti bekalan akan terputus. Pernahkah kita terfikir, mendapat bil daripada Allah swt? agak-agaknya berapa panjang ya? dan semua itu bukan perkara free sebenarnya. Marilah kita sama-sama berubah. Musahabah kembali betapa banyak nikmat-Nya yang telah kita dustakan.

COUNT YOUR BREATHs. and surely you'll be grateful.

Selagi ada mata yang boleh melihat, lidah yang boleh bertutur, tangan dan kaki yang boleh bergerak, telinga yang masih boleh mendengar dan hidung yang masih boleh bernafas, marilah kita kenang kembali segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Kembalilah, walaupun sudah jauh tersasar dan ingatlah bahawa Allah itu maha pengampun dan maha penyayang.

Di sini, aku menyeru kamu wahai sahabat, marilah bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik, berganding bahu menyokong antara satu sama lain. Di sini, hari-hari mendapat peringatan, namun kadangkala tak diendahkan. Jangan sampai dikeraskan hati, dibutakan mata dan dipekakkan telinga lalu tak dapat melihat, mendengar dan merasa peringatan di depan mata.

Bak kata LangitIlahi dot com,

MARI MENJADI HAMBA

Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik. [57:16]

Jangan sampai hati kita keras.

Yang bakal meninggal,
Aliah.

4 comments:

cardio_72 said...

okay. now seriously aku respek giler kat ko al. =D *tabik springg

Aliah.A said...

Just sharing thoughts. Yang dah lama simpan. :)

Anonymous said...

sorry lambat baca.
but thanks for sharing :) it means a lot. glad to have you all as my classmates too
-khalidah

Aliah said...

Thanks for reading. It means a lot more to me !

:)

there's always a little truth behind every "JUST KIDDING ", a little knowledge behind every " I DON'T KNOW ", a little emotion behind every " I DON'T CARE ", and a little pain behind every " IT'S OKAY "